Bentuk-Bentuk Kata Adjektif

  1. Kata adjektif tunggal, iaitu terdaripada satu perkataan atau kata tunggal. Contoh : kuning, terang besar, cantik, tinggi, sederhana, baik. 
  2. Kata adjektif terbitan, iaitu terdiri daripada kata dasar yang menerima imbuhan awalan, apitan, atau sisipan. Contoh : terkecil, terpanjang, setinggi, kebaratan, kecinaan, gemuruh, semerbak, selerak, gelembung. 
  3. Kata adjektif ganda, iaitu yang diterbitkan daripada penggandaan penuh, separa, atau berentak. Contoh : besar-besaran, kecill-kecilan, cantik-cantik, kekuning-kuningan, kegila-gilaan, besar-besar, kecil-kecil, kacau-bilau, kusut-masai. 
  4. Kata adjektif majmuk, iaitu yang terhasil daripada proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Contoh ; merah jambu, muda remaja, panjang tangan, tua muda. 

No comments:

Post a Comment