Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang sesuai.
Soalan pertama berdasarkan gambar di bawah :
1. Pakaian pengemis itu kelihatan _______________ sekali.
A. hodoh B. lusuh C. cantik D. indah
2. Emak saya menggunakan pisau yang _________ untuk menyembelih ayam.
A. tumpul B. baharu C. tajam D. panjang
3. Balai polis di kawasan perumahan saya terletak tidak ____________ dari balai bomba.
A. jauh B. dekat C. hampir D. samping
4. Rasa peria itu __________ seperti hempedu.
A. manis B. masam C. pahit D. masin
5. Kerja yang dilakukan secara ___________ tidak akan sempurna jadinya.
A. gopoh B. lampat C.cepat D. cermat
6. Ada ramai ibu bapa yang datang bertemu dengan saya untuk mengikhtiarkan masalah anak-anak mereka yang ___________ dan tidak mendengar nasihat mereka.
A. gembira B. degil C. peramah D. berahi
7. Seorang guru perlu mesra, _________ dan juga mudah untuk berkawan dengan sesiapa saja.
A. degil B. peramah C. gopoh D. jelita
8. Pemandangan di Bukit Tinggi memang ___________ dan mempersonakan.
A. cantik B. jelita C. indah D. dingin
9. Perempuan yang ___________ itu adalah penyanyi terkenal Siti Nurhaliza.
A. indah B. jelita C. tegap D. lusuh
10. Lee Chong Wei mestilah berbadan _______________ untuk menyertai pertandingan badminton antarabangsa.
A. tegak B. gopoh C. tegap D. cantik
11. Emak saya suka menggunakan pisau yang tajam dan tidak ___________semasa memotong sayuran atau daging
A. tumpu B. lumpur C. tumpuh D. tumpul
12. Rasa buah limau itu ___________ seperti cuka.
A. masin C. manis C. masam D. pahit
13. Para penyelidik di Switzerland telah berjaya menghasilkan robot ___________untuk disuntik ke dalam mata tanpa bantuan ubat bius.
A. halus B. kasar C. hodoh D. gopoh
14. Namun air yang ___________ jangan disangka tiada buaya.
A. tenang B. gopoh C. biru D. lumpur
No comments:
Post a Comment