Info

1. Kata adjektif daripada binaan ter- + kata adjektif boleh diikuti oleh perkataan sekali jika imbuhan  ter- itu tidak bermaksud paling. Satu contoh yang baik ialah perkataan terkenal. Lihat ayat di bawah ini. 
  • Profesor itu sejarawan yang terkenal sekali di Malaysia. (betul)
Perkataan terkenal tidak membawa maksud diketahui ramai atau masyhur. Oleh itu, tidak ada frasa kenal sekali. Untuk membawa maksud mayshur, perkataannya ialah terkenal. Dengan itu, wujudlah frasa terkenal sekali yang bermaksud masyhur.

2. amat/sungguh/sangat boleh digunakan bersama-sama sekali dalam binaan kata adjektif kerana amat/sungguh/sangat berfungsi sebagai kata penguat dan bukan membawa maksud darjah penghabisan. 

No comments:

Post a Comment