Perbandingan

KATA ADJEKTIF DALAM BENTUK PERBANDINGAN



  1. Kata adjektif boleh digunakan untuk menunjukkan tiga darjah perbandingan, iaitu darjah biasa, darjah bandingan, dan darjah penghabisan. 
  2. Darjah biasa dinyatakan dengan menggunakan kata adjektif biasa. 
Contohnya :
  • Tiang telefon itu condong ke kanan.
  • Malam ini sangat terang kerana ada bulan purnama.
     3. Ada dua bentuk darjah bandingan.
a) bandingan yang sama yang menggunakan kata adjektif berawalan.
  • Krishan setinggi abangnya. ( Krishan sama tinggi dengan abangnya. )
  • Kwee Onn sepandai Kok Xiang. ( Kwee Onn sama pandai dengan Kok Xiang. )
b) bandingan yang berbeza yang menggunakan kata penguat lebih.
  • Beg saya lebih besar daripada beg Ramli. 
  • Anjing ini kurang garang daripada anjing itu. 
      4. Penggunaan kata adjektif dalam darjah penghabisan dapat dilakukan mengikut cara-cara yang berikut :

a) se + kata adjektif + gandaan + nama kata
       Contoh : 
  • Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. 
  • Setinggi-tinggi terbang bangau, hinggap di belakang kerbau juga.
b) ter + kata adjektif 
       Contoh :
  • Jamal pemain yang terhandal dalam pasukannya.
  • Menara itu menara yang tertinggi di Kuala Lumpur.
c) paling + kata adjektif 
       Contoh :
  • Rosli paling pandai dalam kelasnya. 
  • Gunung itu paling tinggi di dunia.
d) kata adjektif + sekali
       Contoh :
  • Ali pandai sekali dalam kelasnya.
  • Gunung itu tinggi sekali di dunia.
e) ter + amat/sangat + kata adjektif 
      Contoh :
  • Budak itu teramat pandai. 
  • Kotak itu terssangat berat.
f) amat/sungguh/sangat + kata adjektif + sekali
     Contoh :
  • Budak itu amat pandai sekali.
  • Gunung itu sangat tinggi sekali.


No comments:

Post a Comment