Kata Adjektif

Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat sesuatu benda, keadaan, atau perbuatan. Kata adjektif mempunyai sembilan jenis.

Kata Adjektif Sifatan/Keadaan : baik, tegak, gopoh, pandai, takut, sihat, kasar, lemah, jahat, licin, garang, buas, zalim, condong dan lain-lain.

Contoh ayat :

  • Murid yang pandai itu mendapat markah yang tertinggi.
  • Kita hendaklah bersenam supaya badan kita sihat.
  • Tiang lampu itu condong setelah dilanggar oleh kereta.
Kata Adjektif Warna : biru, putih, hitam, ungu, merah, jingga dan lain-lain. 

Contoh ayat :
  • Arang batu berwarna hitam.
  • Biru ialah salah satu warna dalam bendera Jalur Gemilang.
  • Kulit buah oren itu berwarna jingga
Kata Adjektif Ukuran : kecil, panjang, tebal, kerdil, tinggi, rendah, pendek, besar, nipis dan lain-lain.

Contoh ayat :
  • Menara Berkembar Petronas bangunan yang tinggi
  • Satu milimeter lebih pendek daripada satu sentimeter.
  • Kulit manusia sangatlah nipis
Kata Adjektif Bentuk : bujur, bulat, buncit, lurus, bengkok, tirus, lonjong, kemik, leper dan lain-lain.

Contoh ayat : 
  • Bola keranjang berbentuk bulat.
  • Sebatang keris mempunyai mata yang tirus.
  • Bumbung kereta itu kemik dihempap oleh pokok.
Kata Adjektif Jarak : jauh, hampir, dekat, rapat dan lain-lain. 

Contoh ayat :
  • Lapangan terbang itu letaknya sangat jauh dari rumah saya.
  • Bangunan yang hampir sekali dengan pantai ialah Hotel Perdana.
  • Pasar raya itu dekat dengan rumah saya. 
Kata Adjektif Waktu : baru, lama, segera, silam, lambat, cepat dan lain-lain, 

Contoh ayat : 
  • Rosli memakai kasut baru yang dibeli oleh ibunya. 
  • Pak Busu suka mendengar lagu-lagu lama nyanyian Saloma. 
  • Di bandar itu terdapat tiga buah restoran yang menjual makanan segera
Kata Adjektif Perasaan : kecewa, rindu, segan, gembira, ragu, sayang dan lain-lain. 

Contoh ayat ; 
  • Puan Toh amat kecewa dengan keputusan SPM anak lelakinya. 
  • Mimi rindu akan suaminya yang sedang bertugas diluar negara. 
  • Orang itu sesat jalan kerana dia segan untuk bertanya. 
Kata Adjektif Cara : deras, laju, segera, lincah, perlahan, lambat dan lain-lain. 

Contoh ayat : 
  • Air parit itu mengalir dengan deras selepas hujan lebat. 
  • Bot laju itu direka khas untuk pertandingan. 
  • Tindakan yang segera daripada pihak bomba itu telah menyelamatkan budak itu, 
Kata Adjektif Pancaindera : pahit, manis, busuk, kasar, merdu, tampan, cantik dan lain-lain. 

Contoh ayat ; 
  • Halim tidak mahu makan ubat batuk yang itu kerana amat pahit. 
  • Wajah manis peragawati itu sungguh menawan hati penonton. 

3 comments: